Khamis, 9 Oktober 2014

Aidiladha 1435H/2014


Pada sambutan aidiladha 1435h yang lepas Skuad Al-Waasi telah mengorbankan seekor lembu jantan yang gagah..


Aktivi korban Skuad Al-Waasi' telah bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Sahabat Jiwa Murni Kuala Lumpur dan dijalankan pada 5 october 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435h di pekarangan kilang Ramly Burger di Bandar Tun Razak.

Aktiviti bermula

Aktiviti melapah lembu

dalam proses 

Aktivis sedang memotong tulang

Daging Qurban kami disumbangkan kepada sebuah rumah anak yatim di Batu Caves, Selangor.


Pengerusi kami menyerahkan sumbangan

Terima Kasih kepada semua yang menjayakan Qurban kali ini... semoga kita mendapat sesuatu dari ALLAH. 



Rabu, 24 September 2014

Kisah Gelandangan

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kapada pihak SKS Management And Services kerana buat kali kedua sudi mengambil golongan gelandangan untuk bekerja bersama mereka... 
Terima kasih juga kepada pihak ‪#‎ROL‬ kerana memberi kerjasama dengan Skaud Al-Waasi untuk projek  ini... semoga peluang untuk golongan ini dapat mengubah kehidupan mereka..





Bos SKS Management And Services Abg Sujak


Pihak majikan dan Skuad Al-Waasi sentiasa menjalinkan kerjasama dengan baik.  

#FREEMARKET KG MUHIBBAH






Kami berkongsi gerai bersama #PandanPrihatin


Skuad Al-Waasi' seperti biasa dengan AIR SIPAR SEDAP kami
dan Pandan Prihatin dengan Aiskrim GOYANGnya.....




Suasana semasa #freemarket berlansung


Masa untuk berkemas untuk balik




Sebelum kami balik, seperti biasa kami menjalankan sessi bergambar.






Selasa, 16 September 2014

FREEMARKET AMCORP MALL

Lebih kurang selama 2 bulan SKUAD AL-WAASI berehad. Pada 16 September 2014 kami mulakan di FREEMARKET AMCORP MALL.



SKUAD AL-WAASI menyumbangkan buah potong dan Air Sirap Ais


Gerai kami memdapat sambutan


Aktivis kami





Gambar kenangan Skuad Al-Waasi'

Jumaat, 14 Mac 2014

MATLAMAT

Matlamat Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur ialah sebuah badan kebajikan yang memberikan bantuan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat dan golongn yang memerlukan seperti warga miskin, warga tua, ibu tunggal dan gelandangan serta msyarakat yg tersisih tidak kira bangsa,agama mahupun negara. Kami begerak berlandaskan sifat dan peribadi yang penuh kasih sayang serta perihatin berteraskan keadilan serta memacu seiringing dengan kebajikan antarabangsa serta dunia.

KEBAJIKAN BERTERASKAN KEADILAN 

Khamis, 13 Mac 2014


Pada 1 februari 2014 kami mengadakan berbincang untuk mewujudkan sebuah persatuan kebajikan yang berdaftar. Dalam perbincangan itu kami setuju untuk mewujudkan dengan nama 
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-WAASI KUALA LUMPUR.

Kami telah melantik jawatan kuasa...

Pengerusi
EN.RAFIZAL BIN ABD RAFAR

Timbalan Pengerusi
PN.SHARIMAH BT ISAH

Setiausaha
 EN. MOHD KHAIRUDDIN BIN ASMUIN

Penolong Setiausaha
NURIZZATI BINTI NORDIN

BENDAHARI
PN.ROHAIDAH BT MAMAT

AJK
  EN. WAN MOHD SYAHRIR BIN MOHAMED YATIM
EN. MOHAMAD ADLI IDRIS
EN. SOPIAN BIN AZIZ
EN. MOHAMAD SAIFUL BIN MANSUR
CIK. NUR HAFIZHAH BINTI MOHAMAD GHAFA



LOGO
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-WAASI KUALA LUMPUR

PESATUAN KEBAJIKAN AL-WAASI KUALA LUMPUR


Pada 18 februari 2014, PERSATUAN KEBAJIKAN AL-WAASI KUALA LUMPUR telah lulus pendaftaan mengikut AKTA PERTUBUHAN 1966. No pendaftaran PPM-006-14-18022014